Kenali AIDAQ
AIDAQ
Dari Usahawan Kepada Usahawan
AIDAQ Academy merupakan pusat pengembangan modal insan iaitu potensi diri termasuk tenaga kerja yang berkemahiran dalam sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Antara kursus-kursus yang kami tawarkan adalah berteraskan pembelajaran berterusan bagi melengkapkan modal insan dengan kemahiran dan pengetahuan dalam persekitaran VUCA (Volatile, Uncertain, Complex, Ambiguous) mengikut cabaran ekonomi dan permintaan semasa dalam industri. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan dalam pekerjaan mahupun dalam perniagaan.
AIDAQ Academy dimiliki oleh AIDAQ Services Corporation Sdn. Bhd. (dikenali sebagai AIDAQ) yang mempunyai barisan Mentor Consultant berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang pengurusan dan perundingan. AIDAQ sedia berkongsi ilmu dan pengalaman khususnya kepada pemilik perniagaan PKS, jabatan, agensi awam dan swasta yang memfokuskan dalam aspek pengurusan, pentadbiran, kewangan dan operasi.
Tambahan, AIDAQ merupakan Pusat Perkhidmatan e-Perolehan dilantik oleh Commerce Dot Com (CDC) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sejak 2002, diterajui oleh Mentor Consultant yang ditauliah oleh HRDC sejak 2012 dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.
Fokus utama perniagaan AIDAQ adalah sebagai penyedia perkhidmatan dan pembekal kepada jabatan kerajaan, badan berkanun, GLC, GLIC dan swasta.

Objektif
Membantu perniagaan, institusi, jabatan, dan agensi ke arah memahirkan tenaga kerja yang optimum.

Nilai
Memastikan peserta memperolehi sikap dan nilai-nilai murni, kemahiran dan pengetahuan seiring dengan perubahan dan peredaran semasa.

Visi
Menjadi pusat pembangunan tenaga kerja yang berdaya saing, produktif dan kreatif.
Nilai Teras
Bimbing
Pasukan jurulatih kami akan membimbing anda mengikut keperluan ekonomi semasa
Pembangunan
Pasukan jurulatih kami akan membantu meningkatkan kemahiran serta membantu anda dalam pengurusan aktiviti kerja anda
Kemahiran
Pasukan jurulatih kami akan berkongsi tips and tricks tentang cara untuk kekal berkesan dalam aktiviti kerja anda
Kami Menghargai Sokongan
Pelanggan-pelanggan Kami









